Tuesday, May 31, 2011

Perkahwinan Shamsul Anuar & Norziyati di Serendah


Ahad, 29hb Mei 2011, Leeight Enterprise yang dianggotai Roslee & Syed Annuar di pelawa menjadi pengacara majlis dan meriahkan Majlis Perkahwinan Shamsul Anuar & Norziyati di Kg Seri Serendah, Serendah. Ribuan terima kasih tuan rumah Abd Hamid & Hasemah dan saudara-mara serta penduduk yang cukup menghiburkan dalam sesi karaoke dan tarian poco-poco / chicken dance.

Perkahwinan Lynn & Wan Kampung Baru.




Sabtu, 28hb Mei 2011, Leeight Enterprise di pelawa menjadi pengacara majlis dan meriahkan Majlis Perkahwinan Norhazlina & Mohd Ridzuan Ondar di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Ribuan terima kasih tuan rumah Mispan & Sarifah dan saudara-mara serta penduduk yang cukup menghiburkan dalam sesi karaoke.

Sunday, May 22, 2011

Street Happening Bikeshow 2011 di Batang Kali.




Ahad, 22hb May 2011, pihak Leeight Enterprise diberi tanggungjawab bagi membekalkan PA system di Perkarangan Dewan Badminton Batang Kali bagi Program Street Happening Bike Show 2011, Sempena sambutan Hari Belia Negara 2011. Program ini dianjurkan oleh Majlis Belia Selangor, Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Hulu Selangor. Perbagai acara telah diadakan seperti Pameran Motosikal Klasik, Perubatan, Kewangan dan pertunjukkan pentas (live band). Tahniah En. Mohamad Firdaus.

Majlis Harijadi Hud Nariz di Klang.




Sabtu, 21hb May 2011, Leeight Enterprise diketuai oleh Roslee Sulaiman dan Syed Annuar dipelawa ke Taman Alam Shah, Klang bagi membekalkan PA system dan karaoke set untuk Majlis Harijadi setahun untuk Adik Hud Nariz. Cukup meriah dengan kerjasama saudara-mara serta dengan konsep Upin & Epin. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah. Semoga jemput lagi dan terima kasih.

Maybank Community Day Carnival 2011-Damansara Damai




Sabtu, 21hb May 2011, Leeight Enterprise di pelawa membekalkan PA system dan menjadi pengacara majlis bagi Program Community Day Carnival Maybank di Cawangan Maybank Damansara Damai. Perbagai acara seperti mewarna dan promosi produk Maybank dan lain-lain acara. Terima Kasih Cik Juliani.

Monday, May 2, 2011

Perkahwinan Nurul Fazlinda & Syahrul di Cheras



Ahad, 01hb Mei 2011, Leeight Enterprise di pelawa menjadi pengacara majlis dan meriahkan Majlis Perkahwinan Nurul Fazlinda & Syahrul di Dewan Kompleks Belia Bandaraya Cheras, Kuala Lumpur. Terima Kasih tuan rumah Faidzul Adzhar & Nornaemah dan saudara-mara serta penduduk yang cukup menghiburkan dalam sesi karaoke.