Thursday, April 28, 2011

Promosi Product CIMB Batang Kali.



Khamis, 28hb April 2011, Leeight Enterprise di pelawa meriahkan dan menjadi pengacara majlis bagi Promosi Insuran Bijak Malaysia di CIMB Bank Cawangan Batang Kali. Perbagai acara seperti Cute baby contest dan promosi produk Maybank. Terima Kasih.

Sunday, April 24, 2011

4th Earth Day Carnival 2011




Ahad, 24hb April 2011, pihak Leeight Enterprise diberi tanggungjawab bagi membekalkan PA system bagi Program 4th Earth Day Carnival anjuran Purelife Organic bersama petani-petani sekitar Kajang di Taman Billion, Kajang, Selangor. Program ini dihadiri penduduk-penduduk sekitar, pelajar dan petani. Tahniah Mr. Wong.

Sunday, April 3, 2011

Perkahwinan Noor Hezreen & Mohd Nazri di Batang Kali.




Ahad, 03hb April 2011, Noor Hezreen & Mohd Nazri disatukan di Dewan Dato' Abdul Hamid, Sek.3, Bandar Utama, Batang Kali. Leeight Enterprise telah dilantik menjadi Pembekal PA system dan Pengacara Majlis. Terima kasih En. Mohd Arif & Puan Norsida. Cukup indah perkahwinan mereka. Terima kasih.

Saturday, April 2, 2011

Program Towards Zero Waste Rcomm, Bukit Sentosa.




Sabtu, 02hb April 2011, pihak Leeight Enterprise diberi tanggungjawab bagi membekalkan PA system, khemah dan pentas di Program Towards Zero Waste anjuran pihak NGO RCOMM di Bukit Sentosa, Selangor. Majlis ini dihadiri Menteri Perumahan dan kerajaan setempat, Ahli Parlimen Hulu Selangor dan Adun Hulu Selangor serta pelajar-pelajar sekitar Hulu Selangor dan CIMB Batang, Kali. Kesedaran Alam Sekitar bermula dari sekolah. Tahniah Rcomm En. Muhammad dan Cik Miza.

Sunday, March 27, 2011

Perkahwinan Mohd Hafis & Nurul Huda, Semenyih, Selangor.




Ahad, 27hb Mac 2011, Leeight Enterprise diketuai oleh Roslee Sulaiman dan Syed Annuar dipelawa ke Taman Pelangi Semenyih, Semenyih bagi membekalkan PA system dan karaoke set untuk Majlis Perkahwinan Mohd Hafis & Nurul Huda. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah En. Jumaat & Asiah. Semoga jemput lagi dan terima kasih.

Thursday, March 24, 2011

Program Cintai Air Sungai Sedunia di Ulu Yam, Selangor.




Pada Khamis, 24hb March 2011, Leeight Enterprise dipelawa untuk membekalkan peralatan PA system bagi menjayakan dan meriahkan Program Cintai Sungai Kita Sedunia di Sungai Ulu Yam, Selangor. Wakil-wakil sekolah daripada Hulu Selangor dan wakil-wakil pejabat kerajaan. Terima kasih juga kepada pihak penganjur iaitu NGO (RECOMM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Cintai sungai kita.

Sunday, March 20, 2011

Maybank Community Day Carnival 2011




Sabtu, 19hb March 2011, Leeight Enterprise di pelawa meriahkan dan menjadi pengacara majlis bagi Program Community Day Carnival di Cawangan Maybank Selayang Jaya. Perbagai acara seperti mewarna, puzzle, teka buah apple dalam kotak dan promosi produk Maybank. Terima Kasih Cik Jue.